iProperty Group Ltd Stock Market Press Releases and Company Profile

Lihat di Bahasa Lain REA Group (ASX:REA) Meluaskan Model Sindikasi dengan iProperty (ASX:IPP) REA Group Limited (ASX:REA) ขยายกิจการใหม่ร่วมกับ iProperty Group Ltd (ASX:IPP) REA Group Limited (ASX:REA) 拓展与iProperty Group Ltd (ASX:IPP)的企业合作模式 REA Group Limited (ASX:REA) Expands Syndication Model with iProperty Group Ltd (ASX:IPP) REA Group Limited (ASX:REA) 拓展與iProperty Group Ltd (ASX:IPP)的企業合作模式 
REA Group meluaskan Model Sindikasi dengan iProperty
REA Group meluaskan Model Sindikasi dengan iProperty

Kuala Lumpur, Nop 23, 2015 AEST (ABN Newswire) - Mulai hari ini, semua iklan hartanah Australia di laman sesawang hartanah Bahasa Cina myfun.com akan disindikasikan ke pelbagai laman iProperty (googlechartASX:IPP) yang terpilih di Hong Kong dan Asia Tenggara.

Menyusuli percubaan yang berjaya pada bulan September, melibatkan sindikasi 3,000 iklan dari senarai myfun.com ke wadah antarabangsa iProperty Group, rancangan sindikasi ini diluaskan pula sehingga mencakup lebih 40,000 iklan hartanah Australia dari myfun.com, termasuk iklan kediaman dan komersial serta projek pemaju.

Bagaimana Caranya:

Mulai hari ini, semua iklan yang disenaraikan di myfun.com akan disindikasikan ke pelbagai laman iProperty di Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong, Macau, Indonesia dan Thailand. Rancangan ini merupakan tambahan kepada sindikasi yang disediakan sekarang melalui sesawang rakan di China dan Hong Kong (fang.com, ausproperty.cn, squarefoot.com.hk dan gohome.com.hk).

Dengan sindikasi antarabangsa yang meningkat ini, khalayak pembaca yang meninjau iklan hartanah di myfun.com akan meningkat juga, memenuhi peningkatan minat pada hartanah Australia di kalangan pembeli di China dan Asia Tenggara.

Arthur Charlaftis, Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa, berkata: "Hartanah semakin menjadi suatu tawaran perniagaan sedunia. Kami sukacita dapat memberi sokongan kepada pelanggan kami dan penjual mereka, dengan meluaskan jangkauan iklan hartanah kepada khalayak terbesar dan paling aktif di Asia Tenggara. Pasaran hartanah Australia begitu luar biasa daya tarikannya kepada pelabur luar negara. Peluang untuk menghubungi calon pembeli, walau di mana mereka berada, harus menjadi keutamaan semua pemilik hartanah."

Peluasan ini menyusuli pengumuman pada 2 November 2015 bahawa REA Group, syarikat induk myfun.com, bercadang untuk memperoleh iProperty Group 100% pada awal 2016. REA Group pada masa ini memegang saham 22.7% di iProperty.

Tentang REA Group Limited: (www.rea-group.com):

REA Group Limited (googlechartASX:REA) (googlechartRPGRF:OTCMKTS) merupakan perniagaan iklan digital multinasional khusus dalam bidang hartanah. REA mengendalikan dua laman sesawang terkemuka Australia dalam bidang hartanah kediaman dan komersial, iaitu realestate.com.au dan realcommercial.com.au, laman sesawang Eropah casa.it, atHome.lu dan immoRegion.fr, serta laman sesawang hartanah China myfun.com. REA juga memiliki saham yang besar dalam Move, Inc. dari Amerika Syarikat, serta iProperty Group Ltd (IPP), yang disenaraikan di bursa ASX dan mengendalikan sejumlah laman sesawang hartanah di Asia.

Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group LtdHeadquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

http://twitter.com/iProperty_com https://www.facebook.com/ipropertymalaysia https://www.linkedin.com/company/308350?trk=cws-btn-overview-0-0 abnnewswire.com 


Kontak

iProperty Group Ltd
Telefon: +60 3 2264 6888
Laman sesawang: www.iproperty-group.com


ABN Newswire
ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 12) (30 Hari Terakhir: 60) (Sejak Ditampilkan: 20287) 

Lihat di Bahasa Lain 2028718197179731065410339 (77450)

googlechart