iProperty Group Ltd Stock Market Press Releases and Company Profile

Lihat di Bahasa Lain Sidang Puncak Barisan Hadapan iProperty Group Ltd (ASX:IPP): Impak Teknologi Penggugat atas Industri Hartanah iProperty Group Ltd (ASX:IPP) 前线峰会:突破性技术对房地产行业的影响 iProperty Group จำกัด (ASX:IPP) เปิดการตลาดสุดยอดระดับแนวหน้า: ผลกระทบของความเปลี่ยนแปลงในเทคโนโลยีอุตสาหกรรมอสังหาริมทรัพย์ iProperty Group Ltd (ASX:IPP) 前線峰會:突破性技術對房地產行業的影響 iProperty Group Ltd (ASX:IPP) Frontline Summit: Impact of Disruptive Technology on the Real Estate Industry 
Sidang Puncak Barisan Hadapan: Impak Teknologi Penggugat atas Industri Hartanah
Sidang Puncak Barisan Hadapan: Impak Teknologi Penggugat atas Industri Hartanah

Hong Kong, Des 4, 2015 AEST (ABN Newswire) - SMART Expo Ltd., ahli iProperty Group, telah berjaya menyelenggarakan APAC Real Estate Sales & Marketing Frontline Summit, sebuah forum terkemuka industri ini, pada 17 hingga 19 November di Sheraton Hotel Macau. Sidang puncak tiga hari ini disertai lebih 100 pemimpin industri hartanah dari serata rantau, termasuk Thailand, Malaysia, Australia, Singapura, Hong Kong dan sejauh Amerika Syarikat, mewakili Centaline Group, Qfang.com, China Post, LinkedIn, REA Group, dan banyak syarikat lain.

Sidang Puncak yang interaktif dan penuh inspirasi itu ditujukan kepada para profesional pemasaran dan penjualan hartanah Asia Pasifik. Dalam pasaran hartanah yang kompetitif tanpa sempadan geografi penjualan, peluang untuk meningkatkan keuntungan merupakan cabaran besar. Sidang Puncak Barisan Hadapan ini membuka wadah untuk tokoh-tokoh industri berkongsi strategi kejayaan mereka, membincangkan trend terbaru industri, dan meninjau kemajuan teknologi dalam pasaran yang sentiasa berubah dan berkembang.
Sidang kali ini menarik sebilangan tokoh paling terkemuka dan berpengaruh dalam bidang hartanah. Dua tema utama yang diliputi adalah "Bagaimana Cara Menembusi Pasaran China" dan "Impak Teknologi Penggugat". Beberapa pembicara terkemuka yang menyokong teknologi berpendapat bahawa kejayaan penjualan dan pemasaran terletak pada big data atau data besar. Jika para pemaju dan ejen ingin menyambut era akan datang, mereka juga harus menerima kehadiran berbagai peringkat teknologi penggugat, baik pengalaman bersepadu pelanggan, sesawang O2O, realiti maya 3D dan penerbitan digital, mahupun media sosial yang mempengaruhi gelagat pembeli. Pelbagai penyelesaian 360 darjah ini mengintegrasikan dan melengkapi keperluan penjualan dan pemasaran, dan sememangnya ditawarkan sekarang oleh iProperty Group untuk industri hartanah.

Kata Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, "Data besar dan analisis ramalan mempunyai impak yang tinggi atas penjualan dan pemasaran industri hartanah. Dengan menjejak dan menganalisis gelagat pengguna sewaktu menggelintar lokasi, harga, dan jenis perumahan, iProperty Group mewujudkan pangkalan data raksasa bagi meningkatkan pengurusan hubungan pelanggan serta membantu para pemain industri mengenali pelanggan dengan lebih sempurna dan menarik jualan secara efektif."

Pengerusi Qfang.com Encik Liang Wen Hua memberikan pandangan beliau tentang masa hadapan pasaran hartanah dalam talian China. Menurutnya, "model perniagaan tradisional mempunyai beberapa kelemahan yang menyebabkan industri ini tidak lancar. Sebagai wadah hartanah dalam talian pertama di China, menggunakan platform O2O dengan sistem yang kukuh, data, pejabat belakang, serta penjenamaan, Qfang.com berjaya mengubah dan meningkatkan industri hartanah China."

Encik Dickson Ding, Pengarah Saluran Dalam Talian (Media Baharu) China Post, memberikan pandangan yang serupa dan membentangkan kemampuan hebat China Post dalam bidang data besar. "Data besar menyediakan cara pemasaran serba baharu bagi sektor hartanah, menggunakan media baharu untuk merombak model tradisional hartanah."

Pengerusi dan CEO Shenzhen Zunhao Network Technology Co. Ltd, Encik Arthur Li, turut menyokong era baharu teknologi penggugat. Katanya, "sebagai rakan strategik eksklusif peta jalan raya Tencent, Wechat, QQ, dan Aplikasi Teksi DiDi, kami ingin sekali mempromosikan laluan "internet + hartanah" yang menyediakan pengguna wadah sehenti dari gelintar hartanah hingga pembelian.

Namun, Encik Shih Wing Ching, Pengasas Centaline Group, agensi hartanah terkemuka Hong Kong, yang berpengalaman 30 tahun di lapangan dalam pasaran China Raya, mengingatkan para pemain industri pentingnya daya keuntungan demi masa depan yang lebih lestari. "Internet dan O2O masih lagi di tahap pelaburan sekarang dan boros perbelanjaan." Centaline Group sedang melabur untuk menawarkan data urusniaga dan CentaMap bagi mempercepatkan penjualan di masa akan datang.

Semasa menyampaikan kata-kata penutup pihak penganjur, Cik Carrie Law, Pengurus Besar Serantau iProperty Group, berkata, "Sidang Puncak Barisan Hadapan berjaya membuka wadah bagi para pemimpin industri bertukar-tukar idea dan strategi yang mempelopori pendapat pasaran. Kita mesti menerapkan teknologi dan menyambutnya dengan tangan terbuka. Teknologi menjadikan kita lebih kuat, mendorong kita berlari lebih deras dan meluaskan jangkauan kita." Pihak penganjur menggunakan hashtag yang melaungkan teknologi, '#FRONTLINE2015' bagi merangkum dan menggarap suapan media dalam masa sebenar tentang Sidang Puncak Barisan Hadapan 2015 di Facebook, Instagram, Twitter, dan Youtube, hingga meraih liputan hebat di media sosial.

APAC Real Estate Sales & Marketing Frontline Summit, diselenggarakan oleh SMART Expo dengan sokongan iProperty Group, merupakan wadah yang tidak ternilai, menggunakan analisis data besar dan teknologi penggugat digital bagi merapatkan jurang antara China, Asia Pasifik, dan dunia umumnya.

Tentang Smart Expo

Kami merupakan ekspo terkemuka Asia dengan rekod prestasi 12 tahun dan 43 persembahan. Kami telah membantu lebih 2,300 pemaju dan ejen hartanah mengembangkan perniagaan secara proaktif, mendidik pasaran dan membawakan lebih 129,000 pelabur untuk bertemu muka dengan peserta pameran dari seluruh dunia. SMART Expo merupakan ahli iProperty Group Ltd., sebuah syarikat senarai ASX (googlechartASX:IPP).

Foto boleh dilihat di:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/81743-ASX-IPP-20151204.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group LtdHeadquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

http://twitter.com/iProperty_com https://www.facebook.com/ipropertymalaysia https://www.linkedin.com/company/308350?trk=cws-btn-overview-0-0 abnnewswire.com 


Kontak

iProperty Group (Hong Kong)
Ms. Laura Ho
T: +852 3576 3154,
E: laura.ho@iproperty.com



ABN Newswire
ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 7) (30 Hari Terakhir: 63) (Sejak Ditampilkan: 19610) 

Lihat di Bahasa Lain 1961018914161631257311607 (78867)

googlechart