REA Group Limited (ASX:REA) (
OTCMKTS:RPGRF) merupakan perniagaan iklan digital multinasional khusus dalam bidang hartanah. REA mengendalikan dua laman sesawang terkemuka Australia dalam bidang hartanah kediaman dan komersial, iaitu realestate.com.au dan realcommercial.com.au, laman sesawang Eropah casa.it, atHome.lu dan immoRegion.fr, serta laman sesawang hartanah China myfun.com. REA juga memiliki saham yang besar dalam Move, Inc. dari Amerika Syarikat, serta iProperty Group Ltd (IPP), yang disenaraikan di bursa ASX dan mengendalikan sejumlah laman sesawang hartanah di Asia.
