Usul Percantuman iProperty dengan REA Group
Melbourne, Nop 2, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group (ASX:IPP) dan REA Group Limited (ASX:REA) sukacita mengumumkan hari ini bahawa Realestate.com.au Pty Limited, sebuah syarikat milik penuh REA Group Limited ("REA"), REA dan IPP telah menandatangani Surat Ikatan Pelaksanaan Skim, yang mengusulkan supaya sebuah subsidiari milik penuh REA ("BidCo") yang baharu diperbadankan akan memperoleh semua saham IPP melalui satu skim aturan ("Skim"). Seandainya Skim dilaksanakan, pemegang saham IPP akan berhak memilih, berdasarlam setiap saham IPP, sama ada (a) $4.00 wang tunai ("Balasan Wang Tunai"), atau (b) $1.20 wang tunai dan 0.7 saham dalam entiti tidak disenaraikan dengan kepentingan tak langsung berterusan dalam IPP ("Alternatif Campuran").
- Balasan Wang Tunai $4.00 merupakan tambahan 55.0% atas harga saham IPP yang tidak terganggu, sebelum "notis perubahan kepentingan pemegang saham besar" yang difailkan oleh REA pada 21 Julai 2015, tambahan 20.1% atas harga purata wajaran volum ("VWAP") 1 bulan IPP sebanyak $3.33, dan tambahan 29.4% atas VWAP 3 bulan IPP sebanyak $3.09. Balasan Wang Tunai merupakan gandaan Nilai Usaha Niaga / Hasil 12 Bulan Terakhir sebanyak 28.7x
- Di bawah Alternatif Campuran, pemegang saham IPP dapat memilih untuk menerima campuran wang tunai dan saham dalam sebuah syarikat Australia yang tidak disenaraikan, serta memegang kepentingan tak langsung berterusan dalam IPP sehingga tidak lebih daripada separuh pertama tahun kalendar 2018
- Urus niaga akan dilaksanakan melalui skim aturan yang diluluskan mahkamah ("Skim")
- Para Pengarah IPP (selain pengarah yang dinamakan oleh REA) telah menyarankan Skim, dengan syarat tiada Usul yang Lebih Baik, dan dengan syarat pakar berdikari memberikan pendapat bahawa Skim memenuhi kepentingan terbaik pemegang saham IPP (selain REA)
Untuk meninjau siaran ini, sila layari:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-889017.pdf
Tentang iProperty Group Ltd
Headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.
Perusahaan Terkait
Media sosial
Bagikan Pasal ini