iProperty Group Ltd Stock Market Press Releases and Company Profile

Lihat di Bahasa Lain iProperty Group Ltd (ASX:IPP) Mencapai Pertumbuhan Rekod 67% dalam Pungutan Tunai serta Aliran Tunai Positif Berterusan iProperty Group Ltd (ASX:IPP) 录得67%创纪录现金收入增长及持续正向现金流 iProperty Group จำกัด (ASX:IPP) ส่งมอบรายงานบันทึกการเจริญเติบโต 67% ของกระแสเงินสดและยืนยันความแข็งแรงต่อเนื่องอย่างคงที่ iProperty Group Ltd (ASX:IPP) 錄得67%創紀錄現金收入增長及持續正向現金流 iProperty Group Ltd (ASX:IPP) Delivers Record 67% Growth in Cash Collections and Continued Positive Cash Flow 
Mencapai Pertumbuhan Rekod 67% dalam Pungutan Tunai serta Aliran Tunai Positif Berterusan
Mencapai Pertumbuhan Rekod 67% dalam Pungutan Tunai serta Aliran Tunai Positif Berterusan

Kuala Lumpur, Okt 6, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group Ltd (googlechartASX:IPP), pemilik rangkaian portal hartanah dan khidmat hartanah berkaitan Nombor 1 di Asia, hari ini menyiarkan laporan 4C bagi suku tahun ketiga 2015.

iProperty Group melaporkan satu lagi suku tahun rekod dengan pungutan tunai A$8.6 juta, merangkumi kenaikan A$3.4 juta atau 67% berbanding dengan suku tahun yang sama pada 2014. Suku tahun ketiga biasanya menghasilkan pungutan tunai paling lemah dalam setahun disebabkan faktor musiman, namun pungutan tunai iProperty Group berkembang teguh di semua pasaran.

Kumpulan juga berjaya mencatatkan aliran tunai urusan bersih yang positif sebanyak A$0.5 juta, iaitu tempoh aliran tunai operasi positif yang ketiga berturut-turut, serta aliran tunai positif A$0.2 juta. Hasil ini dicapai meskipun pembayaran awal dibuat untuk pelbagai ekspo hartanah 2016 dan tukaran wang asing kurang baik semasa suku tahun ini.

Georg Chmiel, Pengarah Urusan dan CEO iProperty Group, berkata, "Sekali lagi, aliran tunai yang berterusan kukuh ini mencerminkan pertumbuhan cemerlang yang dialami pelbagai perniagaan kami selama beberapa suku tahun lalu. Kami menjangka dapat meneruskan hala tuju pertumbuhan yang istimewa ini sehingga akhir 2015, sejajar dengan panduan kami."

Beliau menambah kata, "Hasil ini sekali lagi menegaskan kelebihan iProperty Group sebagai pemimpin pasaran di Asia Tenggara dan Rantau Hong Kong. Di rantau ini, kami tumbuh pesat, meraih keuntungan, dan tetap positif aliran tunai."

Untuk meninjau siaran media ini, sila kunjungi:
http://media.abnnewswire.net/media/en/docs/ASX-IPP-883090.pdf


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group LtdHeadquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

http://twitter.com/iProperty_com https://www.facebook.com/ipropertymalaysia https://www.linkedin.com/company/308350?trk=cws-btn-overview-0-0 abnnewswire.com 


Kontak

Georg Chmiel
Pengarah Urusan dan CEO
Telefon: +60 12 423 3959
E-mel: ceo@iproperty.com

Nick Geddes
Setiausaha Syarikat
Telefon: +61 2 9329 0277
Faks: +61 2 9233 4497
E-mel: ngeddes@austcosec.com.au



ABN Newswire
ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 12) (30 Hari Terakhir: 53) (Sejak Ditampilkan: 12490) 

Lihat di Bahasa Lain 1249011312897980227582 (48385)

googlechart