iProperty Group Ltd Stock Market Press Releases and Company Profile

Lihat di Bahasa Lain vProperty更名为GoHome.com.mo,打造港澳第一房地产网站 Perubahan Jenama vProperty menjadi GoHome.com.mo, Portal Hartanah Nombor 1 di Hong Kong dan Macau vProperty Rebrands as GoHome.com.mo The No.1 Property Portal in Hong Kong and Macau vProperty เปลี่ยนรูปใหม่เป็น GoHome.com.mo พอร์ทัลอสังหาริมทรัพย์หมายเลข 1 ในฮ่องกงและมาเก๊า vProperty更名為GoHome.com.mo,打造港澳第一房地產網站 
Perubahan Jenama vProperty menjadi GoHome.com.mo, Portal Hartanah Nombor 1 di Hong Kong dan Macau
Perubahan Jenama vProperty menjadi GoHome.com.mo, Portal Hartanah Nombor 1 di Hong Kong dan Macau

Hong Kong, Mei 18, 2015 AEST (ABN Newswire) - iProperty Group (googlechartASX:IPP) mengumumkan vProperty.com, portal hartanah nombor 1 di Macau, hari ini secara rasmi berganti jenama menjadi GoHome.com.mo. Perubahan jenama ini menandakan tahap baru bagi syarikat. Melalui percantuman dengan GoHome.com.hk, portal hartanah nombor 1 di Hong Kong, serta nilai jenama vProperty.com yang telah beberapa tahun terbina di Macau, GoHome bakal menjadi portal hartanah terbaik di seluruh Hong Kong dan Macau.

Sepanjang 10 tahun lalu, Macau telah berkembang dengan sangat cepat. Pelaburan di Cotai Strip mencapai 150 bilion, mendorong pertumbuhan ekonomi dalam industri lain dan sektor hartanah. Menurut perangkaan yang diterbitkan oleh Biro Perkhidmatan Kewangan Wilayah Pentadbiran Istimewa Macau, urus niaga hartanah berjumlah 336 dan 313 bagi dua bulan pertama tahun ini, kemerosotan 56% dan 32% menurut perbandingan tahunan. Dengan selesainya One Oasis dan The Paragon pada bulan Mac, dijangka sejumlah besar unit kediaman akan disewakan di pasaran terbuka, mendorong kenaikan kuasa beli kembali ke pasaran kediaman dan meningkatkan jumlah urus niaga. Selain itu, harga urus niaga bulan Februari berjumlah MOP 81,258 semeter persegi bagi hartanah siap dan MOP 128,541 bagi hartanah belum siap, iaitu kenaikan kira-kira 4% berbanding bulan Januari. Besar kemungkinan jumlah urus niaga dan harga akan meningkat.

Pulau Hengqin di Zhuhai, berhampiran dengan Macau, kini berkembang menjadi kawasan hangat pelancongan antarabangsa. Keluaran dalam negeri kasar Pulau Hengqin naik 89% menurut perbandingan tahunan dari 2009 hingga 2013. KDNK separuh pertama tahun ini malah naik menjadi RMB 2.35 bilion, sementara jumlah penduduk dijangka menjadi 280,000, mendorong harapan yang cerah bagi pasaran hartanah. Memandangkan Macau dan Zhuhai semakin bersepadu, faedah ekonomi dijangka berkembang dan pasaran hartanah menjulang tinggi dalam jangka waktu dekat, membuka peluang bagi pembeli dan pelabur perumahan.

Hal ini bererti wilayah Macau dan Zhuhai memerlukan portal hartanah bersepadu dengan maklumat pasaran yang lengkap. Jenama baru GoHome.com.mo menyediakan maklumat kemas kini yang profesional dan dipercayai tentang pasaran Hong Kong, Macau dan Zhuhai. Pembeli dan pelabur perumahan akan menikmati pengalaman gelintar, maklumat dan trend pasaran hartanah terbaik. Portal ini juga merupakan persada promosi hartanah online bagi ejen hartanah.

Laman sesawang GoHome.com.mo telah menjalani rombakan lengkap yang merangkumi:

Jentera gelintar berkemampuan tinggi

Jentera gelintar yang dipertingkatkan sepenuhnya supaya pengguna dapat memasukkan keperluan gelintar sendiri, seperti wilayah, harga, luas kawasan, dan sebagainya, malah menggunakan kata kunci untuk gelintar cepat.

Laporan terbaru hartanah

GoHome.com.mo membekalkan maklumat hartanah terbaru di serata Hong Kong dan Macau, termasuk senarai harga, pelan lantai dan berita terkini sesuatu projek.

Warta harian

Membekalkan berita hartanah di Hong Kong, Macau dan Zhuhai setiap hari supaya pengguna sentiasa dapat mengikuti trend pasaran dan merebut peluang terbaik pembelian rumah.

Antara muka yang mudah digunakan

Pelbagai kategori maklumat yang jelas tentang hartanah yang dijual dan disewakan, berserta nota dan petua pembelian rumah dan sebagainya, sehingga benar-benar memenuhi keperluan pengguna.

Cik Carrie Law, Pengurus Besar iProperty Group Hong Kong, berkata, "Sejak 1999, GoHome telah berusaha untuk membekalkan pengalaman gelintar hartanah yang terbaik untuk pengguna. Portal ini kini merupakan sesawang hartanah paling terkemuka di Hong Kong, dengan lebih 100,000 hartanah dan 10 juta tatapan setiap bulan. Dengan perubahan jenama ini, kelebihan dan sumber yang dimiliki GoHome di Hong Kong digabungkan dengan asas pengguna vProperty.com yang padat dan telah bertahun-tahun dibina di Macau, demi keseluruhan pengalaman gelintar hartanah GoHome.com.mo. Portal berwajah baru ini akan terus meningkatkan perkhidmatan demi membekalkan pembeli dan pelabur dengan maklumat hartanah yang profesional dan lengkap."

Alamat laman sesawang yang baharu setelah perubahan jenama:
http://www.gohome.com.mo

Tentang GoHome.com.mo

GoHome.com.mo merupakan persada hartanah yang utama di Macau. Laman ini memiliki kehadiran mendahului pasaran di kalangan pembeli dan profesional hartanah Macau, membekalkan gelintar hartanah serta maklumat dan perkhidmatan berkaitan selama lapan tahun di Macau. Laman ini telah membina perniagaan yang kukuh dan berdaya kekal berasaskan pengetahuan pasaran tempatan yang tiada tandingan, lengkap dengan perangkaan lalu lintas, pengguna dan penyenaraian tertinggi, sehingga menjadi portal hartanah paling popular bagi pembeli di Macau dan persada iklan dalam talian paling berkesan bagihartanah dan perniagaan berkaitan. GoHome.com.mo merupakan ahli iProperty Group (googlechartASX: IPP) yang beroperasi di Hong Kong untuk membekalkan berita dan peluang pelaburan hartanah tempatan dan luar negara yang meluas, sambil menawarkan perkhidmatan silang media untuk pengiklan hartanah dan produk berkaitan rumah.


Tentang iProperty Group Ltd

iProperty Group LtdHeadquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, iProperty Group Ltd (ASX:IPP) is focused on developing and operating leading real estate portals and delivering the most comprehensive set of related real estate services and project marketing across the Region. The Group owns portals which are market leaders in Malaysia, Thailand, Indonesia and the Hong Kong Region and a leading portal in Singapore. The iProperty Group is continuously working to capitalise on its market-leading positions and the rapidly growing online property advertising market throughout the region.

http://twitter.com/iProperty_com https://www.facebook.com/ipropertymalaysia https://www.linkedin.com/company/308350?trk=cws-btn-overview-0-0 abnnewswire.com 


Kontak

GoHome.com.mo
Ms. Laura Ho
Tel: +852 3576 3154
E-mel: laura.ho@iproperty.com

Bentley Communications Ltd.
Ms. Donna Si
Tel: +852 3960 1910
E-mel: donnasi@bentleyhk.com

Bentley Communications Ltd.
Ms. Jovin Yan
Tel: +852 3960 1912
E-mel: jovinyan@bentleyhk.com


ABN Newswire
ABN Newswire Halaman ini dilihat:  (7 Hari Terakhir: 14) (30 Hari Terakhir: 41) (Sejak Ditampilkan: 7592) 

Lihat di Bahasa Lain 88717592750269436592 (37500)

googlechart